Sunday, April 25, 2010

KORONARI

Tengahari tadi aku bersama sama parent aku pergi melawat atuk sedara aku di Institut Jantung Negara,Unit Rawatan Koronari (CCU)...so,aku pun tergerak hati-lah nak search tentang sakit jantung nih..dan hasilnya,kalau boleh aku nak kongsi kongsi-lah dengan korang..ini-lah ringkasan yang aku dah cuba buat sepadat,seringkas dan sebaik yang mungkin...


Sakit koronari jantung atau lebih femes-nye sakit jantung nih amat sangat-lah merbahaya dude..punca kematian utama di Malaysia nih.
  • Punca punca sakit jantung?
  1. ASAP ROKOK-to all smokers,beware kayh?asap rokok meng-express-kan pembekuan darah,menggalakkan pemendapan lemak pada dinding dinding jantung dan memperlahankan penghantaran oksigen..
  2. TEKANAN PERASAAN-punca yang tanpa kita sendiri tak sedar..tekanan darah yang tak stabil sangat bahaya..
  3. LEMAK-lemak?makanan-lah...mentega,daging,telur dan sebagainya..pemendapan lemak dalam jantung menyempitkan saluran darah tahu tak?
  4. KURANG SENAMAN-akibatnya,jantung tidak biasa untuk pam darah dengan kadar yang tinggi..
  5. Ada juga faktor faktor mandatori,contoh-nya jantina,penyakit keturunan dan faktor umur..yang itu kita susah nak elak-lah,so better elak-kan mana yang boleh...
  • Simptom simptom-nya pulak?
  1. Sesak atau penuh,sakit di bahagian dada yang berlanjutan selama lebih beberapa minit..
  2. Pendek nafas dan rasa ketidak-selesa-an di bahagian dada..
  3. Berpeluh sejuk,rasa loya atau pitam..
  4. dan simptom simptom lain-lah...
  •  So,macam mana nak cegah serangan jantung ek?
  1. Berhenti merokok!
  2. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang....
  3. Bersenam....
  4. Belajar mengendalikan tekanan...
  5. Sentiasa berfikir positif dan memotivasi-kan diri sendiri...
  6. Jalani pemeriksaan kesihatan tahunan....
So korang,nih la seringkas yang aku boleh sediakan untuk tatapan umum...sebenarnya banyak lagi ulasan ulasan,tapi kalau korang ikut pantang larang nih,peratus serangan jantung boleh menurun..So,renung renung-kan dan selamat beramal!

No comments: