Thursday, April 29, 2010

SMOKING IS COOL??apa kata anda?

Smoking is cool?betul ke??kalau nak diikutkan dengan teori teori dan fakta fakta kesihatan yang sedia ada, memang terbukti kot yang merokok lagsung tak ada faedah..tetapi,mengapa dan kenapa masih ramai lagi yang merokok?what is the why??maka kali nih kita letakkan ketepikan sebentar fakta fakta dan cuba lihat apa pendapat orang ramai tentang merokok berdasarkan persepsi mereka dan juga apa yang tersirat di dalam hati seorang manusia normal..jom!!

(survey nih dijalankan di dalam facebook sendiri,berdasarkan pendapat kira kira dua puluh rakan maya yang rata rata masih menuntut ilmu di alam fana ini, pada 29 april 2010)

Liyana Nordin dari Bota, Perak kata " Em cool ke?Adeh..kalau kena gaya, nampak cool la..tapi actually,menyampah je tengok..ok??"

Pendapat Zabid pula, " Macam P****T! " ( sencored word ) Doa doa lah Zabid dapat MiAT ....

Tapi Ijat Yusop cakap " Cool!! "

Komen Ash Nur pulak " Tak cool langsung!!!! Nampak macam terhegeh hegeh....."

Ijat Yusop cakap " Cool jugak!! "

Apa pula kata Anis Syuhada, bekas penolong ketua rumah Delima SPBI Gopeng? " Looks like cool but not good la... "

Sekali lagi incik Ijat Yusop menegaskan " Cool jugak!! "


Hm...ini balas Ella Razak.. " Nope! Smoking is not cool..sebab smoker adalah seorang pembunuh and busuk dan tak hensem! " ( nasib baik Piznur tak merokok )


Namun begitu, Ijat Yusop tetap nak cakap " Cool lah!! "

" Not cool..because is killing yourself and other people is cool?? soo not cool..." kata Shahir Muttaqin yang sedang menuntut di UTP Sri Iskandar dengan macho nya...

Rentetan itu, Ijat Yusop bangkit lalu berkata " Xde2...Smoking cool jugak lah!! "

Mumul Abil pula menegaskan bahawa... " Bila aku tengok orang smoke, tak kisah boy or girl, aku rasa nak ambil je rokok tu and tenyeh kat muka diorang...buat aku jadi secondary smoker je, and have higher risk.. tak rasa bengang ke?? "

( Wah..beria ria benar Mumul yek... )

" Cool!!!!!! " ish ish ish Ijat Yusop..anda sungguh tegas yek ...

Ain Nur pula komen apa? " Em kalau nak mati cepat okay jugak..Jangan hisap depan aku dah lorh..." Sambungnya lagi, " Cool la jugak, walaupun berkabus je..macam desperate pon ada jugak..nak mencuri perhatian sebenarnya..bagi nampak macho..perempuan?nampak macam perempuan jalang! " tegas beliau....

"Cool,Cool dan cool !! " hujah incik Ijat Yusop...

Husni Hatim, bakal melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng dengan gaya intelektual nya berkata.. " It's cool for a moment..but later, it can cause you your death.. huhuhuhu"

" Mampos!!C oooooo L! " wah...marah dah beliau wahai incik Ijat Yusop....

Seorang lagi bekas pelajar SBP Integrasi Gopeng, Izzati Mohammad pula berpendapat bahawa... " Eeeuuwww....cool ape ke benda nya..jijik ada la..rokok tu geli sebab busuk!! Rasa macam nak muntah bila bercakap dengan orang merokok..heheheh... "

" Cool lah..pnat ah beb asyk type cool je nih.." keluh incik Ijat Yusop...

Seorang rakan sekolah rendah, Syawall Syafiqah ingin menegaskan bahawa.. " Tidak cool de..cari penyakit ada la... "

tanpa berputus asa, incik Ijat Yusop berkata lagi... "hahahahahahaha..COOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOL! "

Dalam pada masa yang sama, Cik Seha Uyaina menjawab dengan ringkas... " Sucks!! "

" Cool!! " incik Ijat berkata lagi...

Manakala, seorang gitaris sebuah band baru, Irwanshah tidak setuju degan ke-cool-an perokok..katanya.. " Argghh..buat apa merokok..buat habis duit je..penyakit pun dapat, duit pun habis..orang yang dekat dekat hidu asap rokok pun dapat penyakit... "

"C O O L.......... " incik Ijat kata lagi...dan cik Syawal membalas tersipu sipu malu, " tidakk2 n tidak..hihi..."

Kebetulan Cik Akmar yang menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai idola nya tiba tiba berada diatas talian ketika survey..tapi,kelihatan seperti beliau tergesa gesa..ini komen ringkas nya...

" Tak suka! Asap rokok busuk! " lalu berlalu pergi..

( nasib baik aku tak smoking ..... =P )

Nurul Shuhada Abdul Latif pula berkata, " I don't like..bukan membahayakan diri sendiri malahan orang sekelilingnya... "

Akhir sekali, HAziq Ahmad dengan selamber berkata.. "Hahaha..cool...cool...sebab nampak macho...smoker la yang kata....haha "

sambil melonjak kegirangan, incik Ijat Yusop menggunakan sepenuh tenaga lalu berkata
" YES! COOL! "

itulah sedikit sebanyak komen dan pendapat yang sempat dirakamkan tentang topik ke-cool-an perokok nih...walaupun seperti tidak formal, tetapi intipati komen mereka sangat mendalam....so,korang boleh nilai komen komen mereka dan ditambah pula dengan fakta fakta kesihatan yang tidak mampu disangkal lagi..sekalung terima kasih kepada semua yang terlibat dengan survey ini...so,renung renungkan dan selamat beramal!!

( semua komen komen di atas adalah benar sama sekali..bukan rekaan,bukan khayalan... )

Wednesday, April 28, 2010

The 7 Attributes Of A Good Leader By Tun Dr Mahathir Mohamad




1. A good leader may not be humble but at least he should not be boastful.

2. He must be prepared to accept responsibilities but should not be too pushy and insistent on taking the lead. 
 
3. He should not seek to blame others for failures but to admit his own culpability. He should not point fingers or seek scapegoats. 
 
4. He should be modest and not seek praise and glory.


5. He should know how to handle his followers as much as his superiors. He must be sensitive to the sensitivities of others.

6. He should be willing to do what he expects others to do. He should uphold the slogan of leadership by example.

7. He should be learned and more intelligent at least by comparison to the people he leads



 Artikel nih diambil daripada KelabChedet.com, satu kelab yang menyokong dan mendukung perjuangan Tun Dr. Mahathir Mohamad demi agama, bangsa dan negara.. so, renung renung kan dan selamat beramal!

b❤by Wani

waa!..baru balik dari Az-Zahrah Islamic Medical Centre, Bangi...tapi bukan aku yang sakit lah....bby Wani yang sakit..siapa bby Wani?..haha..Rahwani Awfiyah nama penuh dia..she's my niece,the first one...and she is a girl..(haha..memang la! )she's cute!tak percaya???cuba tengok tengok gambar gambar nih.. 
                                        baby wani dengan ibunya



                                                  I like tiles!


                                                   dinner!


betulkan apa aku cakap tadi?... Comel + cute + cantik macam ibu dia kan?(macam uncle ayie dia pon betul gak! =P )Baru sembilan bulan...belum pandai berjalan pon lagi...tadi bby wani demam....my sis, Kak Ujie pon ambik off kerja hari nih sebab bby Wani demam teruk..oh lupa nak mention!.. Kak Ujie is my eldest and the only sister in my family..she's married to Shahrizal Samsudin in 2008..so malam tadi lepas abah bby Wani balik kerja,they went to Az-Zahrah Islamic Medical Centre in Bangi...my parent pon pergi la jugak..(ye la cucu pertama katakan..sayang lebih woo.......)....nih la sikit gambar yang sempat di-candid sewaktu di hospital tadi...


                                          baby wani pening pening lalat

                 gambar blurr sebab baby wani gerak gerak..nih sebelum check-up


baby wani tertidur lepas kena cucuk ubat




lama woo tunggu encik doktor check bby Wani....( 45minit kot...)...doktor ambil darah bby Wani enam kali!..beliau nak periksa la untuk pastikan tak ada kuman dalam darah sebab bby Wani demam panas sangat plus muntah muntah..dekat hospital pon bby Wani muntah lagi...bby wani kena cucuk tiga kali tangan kanan,tiga kali tangan kiri...( kesian ouh! )..bby Wani menangis nangis jep lepas tu..dalam pukul 11.30 malam baru sudah urusan kat hospital tu..nasib baik bby Wani tak kena tahan dalam wad...bby Wani cepat cepat baik demam taw!

(abang Shah!pinjam gambar gambar baby Wani yep! (",) )

Monday, April 26, 2010

formspring.me

Do you wanna ask me something dude? http://formspring.me/kamarulazree

A Tribute To Tun Mahathir - The Man Behind Malaysia Success

Mungkin korang kurang berminat tentang politik, tapi mesti korang kenal dengan seseorang yang bernama Mahathir Mohamad, kan? Perdana Menteri Malaysia ke-4 merupakan role model aku..ber-mentaliti-kan out of the box serta berfikiran jangka panjang..banyak perkara yang mulanya dipertikaikan ramai pihak,tapi kini menjadi kebanggaan Malaysia..So,as a tribute to him, today,I'll include some of his life story in this blog. Maybe it would never be able to compete with articles by other webmaster, but at least, we can know him better.. Untuk post pertama tentang beliau, jom review biodata ringkas-nya.

  • Nama : Mahathir bin Mohamad
  • Nama ayah: Mohamad bn Iskandar
  • tarikh lahir: 20 Disember 1925
  • Isteri : Siti Hasmah Mohd Ali
  • Anak-anak: Marina, Mirzan, Melinda. Mokhzani,Mukhriz, Maizura, Mazhar
  • Pendidikan tinggi:  Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, Graduan dalam MBBS 1953
  • Profesion utama: Doktor,membuka klinik Melayu pertama di Alor Setar, dinamakan Klinik Maha..
  • Sejarah politik: Dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 1974,dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 1981, mula dilantik menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 sehingga-lah 31 Oktober 2003

Sunday, April 25, 2010

KORONARI

Tengahari tadi aku bersama sama parent aku pergi melawat atuk sedara aku di Institut Jantung Negara,Unit Rawatan Koronari (CCU)...so,aku pun tergerak hati-lah nak search tentang sakit jantung nih..dan hasilnya,kalau boleh aku nak kongsi kongsi-lah dengan korang..ini-lah ringkasan yang aku dah cuba buat sepadat,seringkas dan sebaik yang mungkin...


Sakit koronari jantung atau lebih femes-nye sakit jantung nih amat sangat-lah merbahaya dude..punca kematian utama di Malaysia nih.
  • Punca punca sakit jantung?
  1. ASAP ROKOK-to all smokers,beware kayh?asap rokok meng-express-kan pembekuan darah,menggalakkan pemendapan lemak pada dinding dinding jantung dan memperlahankan penghantaran oksigen..
  2. TEKANAN PERASAAN-punca yang tanpa kita sendiri tak sedar..tekanan darah yang tak stabil sangat bahaya..
  3. LEMAK-lemak?makanan-lah...mentega,daging,telur dan sebagainya..pemendapan lemak dalam jantung menyempitkan saluran darah tahu tak?
  4. KURANG SENAMAN-akibatnya,jantung tidak biasa untuk pam darah dengan kadar yang tinggi..
  5. Ada juga faktor faktor mandatori,contoh-nya jantina,penyakit keturunan dan faktor umur..yang itu kita susah nak elak-lah,so better elak-kan mana yang boleh...
  • Simptom simptom-nya pulak?
  1. Sesak atau penuh,sakit di bahagian dada yang berlanjutan selama lebih beberapa minit..
  2. Pendek nafas dan rasa ketidak-selesa-an di bahagian dada..
  3. Berpeluh sejuk,rasa loya atau pitam..
  4. dan simptom simptom lain-lah...
  •  So,macam mana nak cegah serangan jantung ek?
  1. Berhenti merokok!
  2. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang....
  3. Bersenam....
  4. Belajar mengendalikan tekanan...
  5. Sentiasa berfikir positif dan memotivasi-kan diri sendiri...
  6. Jalani pemeriksaan kesihatan tahunan....
So korang,nih la seringkas yang aku boleh sediakan untuk tatapan umum...sebenarnya banyak lagi ulasan ulasan,tapi kalau korang ikut pantang larang nih,peratus serangan jantung boleh menurun..So,renung renung-kan dan selamat beramal!

Nasi Lemak Teh Tarik

Sunday morning...nak makan apa ek pagi nih?seriously,teh tarik dan nasi lemak  is the best choice,right?haha~~terbaca pulak artikel tentang Sarapan 1Malaysia yang diadakan di Kuala Kubu Bharu,semalam....bukan sekadar sarapan biasa,tapi majlis itu berjaya mencatatkan rekod baru iaitu nasi lemak terbesar setinggi enam kaki...siapa la yang nak makan kalau banyak macam tu kan...bagi aku,program macam nih memang terbaik-lah!.maybe ramai akan cakap,sarapan je pun,nasik lemak je pun,tapi hakikatnya,aktiviti aktiviti macam nih la yang dapat mengetengahkan identiti kebangsaan (selain daripada dapat makanan free-lah kan) ...salute Gagasan 1Malaysia-Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan!

GLORY-Nani magic


Post pertama selepas meng-renovate dan relaunching blogkamarulazree nih..so,better-lah dimula-kan dengan berita gembira,kan?(nak ambil berkat kot)..apa lagi yang mampu meng-happy-kan sorang kipas-susah-mati MANCHESTER UNITED pada malam malam minggu macam nih selain dari berita KEMENANGAN 3-1 ke atas pemburu last-spot untuk champions league musim depan,TOTTENHAM HOTSPURS...two penalty-spot goals from Ryan Giggs (58th and 86th minute) and one brilliant+superb goal from Luis Nani (81th minute) made Spurs' fans speechless even Ledley King scored the equaliser (70') ...tak sia sia aku menidak-kan tontonan Buletin Utama hari nih..haha~setakat nih,MU leading on top of the BPL dengan 79mata,2mata di atas Chelsea yang akan turun padang malam esok jek ( waktu Malaysia-lah)..lepas nih,MU ada baki 2 game lagi,against Sunderland and Stoke City..maka dengan ini,aku nak ajak korang smua ramai ramai menyokong kekalahan Chelsea,sekaligus membuatkan MU menjulang trofi BPL kali ke-empat berturut turut dalam sejarah!yeay!GLORY GLORY MAN UTD!

RE-LAUNCHING


selepas beberapa hari meng-renovate-kan blog yang asalnya tersadai lebih daripada sebulan,at last,kerja kerja peng-edit-an semula berjaya gak.so,aku dengan rasa bangga + puas hati + rendah diri ingin meng-launch-kan kembali blog aku nih dengan link yang baru.asalnya iniadrenalineaku.blogspot.com kini dah ditukar menjadi blogkamarulazree.blogspot.com. ..kenapa?sebab.....salah satu tanda rebranding blog nih la.lagipun senang orang nak ingat (konon macam ramai follower la tu).terima kasih yang tak terhingga kepada amalina farhan, mas amalina idayu, zulhelmy zakaria dan bloggers bloggers lain yang dijadikan rujukan, menyediakan tutorial berguna dan widgets widgets yang sangat menarik.tanpa korang, blogkamarulazree nih takkan maju danmungkin tersadai macam dulu jugak..thanks a lot guys!!anggap-lah nih satu langkah baru aku untuk menerus-kan perjalanan kehidupan yang masih jauh lagi..so,please doa doa blog nih akan terus maju dan tak tersadai macam dulu.ada sebarang komen untuk apa apa post atau komen terhadap blogkamarulzree,fell free to drop it ok?sumbangan komen korang sangat bermakna..