Friday, December 31, 2010

miss twenty-ten :')

assalamualaikum


ini entry terakhir
untuk tahun ini


macam korang tahu
hari ni 
hari last untuk aku jumpa miss twenty-ten

sedih?

gembira?

miss twenty-ten
aku ada sesuatu untuk kau

denngarkanlah......
sajak yang aku gubah khas buat pemergianmu ....



oh...

miss twenty-ten

realitinya

kau dah banyak mengajar aku macam macam benda

daripada kemanisan hidup

hinggalah

kekejaman dunia


oh miss twenty-ten

aku tahu

kau takkan datang padaku kembali lepas nih

jangankan jenguk

kirim salam pada aku pun tak kan sama sekali dah

kejam kan realiti nih

tapi

aku terpaksa biarkan kau pergi miss twenty-ten

kau sangat bermakna bagiku

miss twenty-ten

tanpa kau

aku takkan kenal dia

tanpa kau

aku takkan belajar apa apa

kehadiran kau begitu bermakna

namun

aku terpaksa jua mengatakan tata titi tutu padamu

oh miss twenty-ten

akan ku iringi pemergian kau dengan bermakna

santapan terakhir bersamamu adalah mee segera Maggi

dengan secawan Nescafe 'O' yang hangat

semoga kau ingat semua nih miss twenty-ten

sampai bila bila

aku tahu 

kau akan berjaya di mana mana sahaja

walaupun 

tanpa aku

miss twenty-ten

sekali lagi

terima kasih atas segalanya

apa yang buruk

kita sama sama jadikan sempadan

yang baik

jadikan tauladan

kalau ada rezeki

yang tauladan tu aku try jadikan movie untuk tv9

miss twenty-ten 

pesanan terakhir padamu

jaga diri baik baik

sampaikan salamku pada abang abang dan kakak mu

2009, 2008, 2007 dan lain lain apabila bertamu

aku doakan kau bahagia

miss twenty-ten

kenang daku dalam doa mu 

semoga berbahagia ke anak cucu 

: ')


... take care, miss twenty-ten ... selamat datang miss twenty-eleven ...

Thursday, December 30, 2010

tanah tumpahnya darahku

Ok guys.
Aku tak tahu yang, 
aku nih orang ke-berapa juta yang update blog tentang benda nih, 
but, 
for sure, 
berjuta-juta rakyat Malaysia akan bercerita tentang Piala AFF Suzuki 2010, sama ada kat FB or kat blog, 
untuk beberapa hari, 
betul tak? 
Hahaha..
Whatever pun, 
TAHNIAH 
yang teramat terhingga diucapkan kepada semua player Malaysia yang dah muncul juara dan sekaligus meranapkan keegoan Indonesia selama nih. Sumpah agak best korang main, especially time main dekat Bukit Jalil hari tu. Tak sia sia RM30 aku untuk beli tiket. Berbaloi baloiiiii. By the way, aku nak cerita panjang-panjang pun, korang dah tahu kan? Korang jugak mals baca banyak banyak. Beli je newspaper esok, confirm headline bola sepak punya. Apa apa pon wa cakap sama lu, 
Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku !  (style la slogan nih, kan? )


Wednesday, December 29, 2010

kuat tak saye?? :)



i just love to watch this, over and over again :)

Photobucket

slalu bgn pagi pkul bpe nii??

erkkkk... :p

milkysmile

Tuesday, December 28, 2010

CUTI?

CUTI. HOLIDAYS.
atau, dalam bahasa Arab diungkapkan sebagai  عطلة (mufrad muannas-salim fe'el mudariq) kot....
ramai orang :menggilai" CUTI....
ada yang sanggup pergi ke klinik untuk membeli CUTI....
ohhh mengapa??
dan mengapa persoalan ini timbul.....
ohh...kerana....
CUTI yang melebihi 3hari memBOSANkan!
milkysmile
...
demm la UIA....bagi cuti lama lama....
dari 25 Disember 2010 sampai la tahun depan..... ( 2 Januari je pon sebenarnya...)
seriously,
tak tahu nak buat apa tanpa sumber kewangan yang cukup...
duduk rumah sangat mem-blur-kan diri ini nye punnn....
ohh bosan bosan....
siapa siapa ada aktiviti best tak untuk sekujur tubuh ini men-join-i nye punn?

milkysmile

Blog = Berhabuk

Ok sangat amat keterlaluan lamanya aku tak update blog ni..Last post aku bulan Jun ( pergghhh lama gila ....) Bukan sebab aku tak tahu nak tulis apa. Tapi ke-tidak-hadiran kerajinan yang membuatkan blog aku ni menjadi sedemikian rupa. Takpe, aku kemas blog aku sekarang jugak! 

GEDEBUSH....GEDEBUSH....
TING...TONG..TING...TONG....
BUANG...SIMPAN....BUANG...SIMPAN....
SAPU...CUCI...SAPU...CUCI.....

DAH SIAP!

Haha...sorry guys lama tak update blog...aku bukan ada laptop sendiri macam korang..siap pakej dengan broadband sekali pulak tu (jeles jeles)..TAPI.....hehehehe....sekarang aku dah ada laptop sendiri dah! hihihiihihi....terima kasih daun keladi kepada Encik Shahrizal dan Puan Ruzeelia Afzan kerana menghadiahkan laptop nih yekkk..style-lahh...dan tidak lupa Encik Kamal kerana telah tolong meng-godek-godek-kan laptop nih...hahaa... So laptop dah ada, tapi broadband? Hm...kurang berkemampuan pulak rasanya nak subscribe broadband....macam mana eyh......tak kan tiap tiap hari nak kena pergi mcDonald nak online free kot kan....hm....... AHAH! Dah dapat idea! ahaha...rancangan untuk "menceroboh" line wi-fi IIUM Guest! Korang ( student student UIA ) ramai yang guna wi-fi IIUM Community kan? Mesti sempai masak nasi dulu sementara nak tunggu page reload kan? hihi..aku nak guna IIUM Guest punya line.... FREE ok? Tak la "laju" sangat macam IIUM Community punya line...Ha? Macam mana? Ada la.. Rahsia :p

milkysmile