Monday, February 28, 2011

Kias

"Pisau raut hilang di rimba
Pakaian anak raja di Juddah
Karam di laut boleh ditimba
Karam di hati bilakah sudah?"



credit: Encik Namer Ismail


Sunday, February 27, 2011

Tokse tahang gelok!


Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. 


Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! 


Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.


Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.


Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.


Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”


Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.


Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.


Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.


“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”


Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!


Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

Photobucket  Kahkahkah!Photobucket  

Wednesday, February 23, 2011

Cuti

Assalamualaikum,

And a very happy day to all of you!




This entry is really really important, either to me, or to all of you.

Ramai yang tak tahu bahawasanya, pada tanggal 22 Febuari 2011 telah termaktubnya satu sejarah baru.
Tamatlah sesi pengajian Semester II seorang jejaka di Center for Foundation Studies, IIUM Nilai.

Ya...

Sudah tamat!

Kringggggggggggggg!!!! 

Photobucket

Maka, bercuti lahh saya selama tiga minggu sebelum Semester III start balik. 

Me: Apa la aku nak buat kat rumah nanti..hurm..

Encik Kentang & Miss Potato: Tidur je lahh nanti tuhh...

Me: -.-"

Ohh!

Tak tamat macam tuhh je okeyy. 

Tak dramatik la kalau macam tuhh.

Last day semester nihh terjadinya satu peristiwa yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila. 

Haha.





Okeyy... Lurus ke titik,





Aku ada exam Statistics siang tadi. Last paper la nihh sebelum cuti kann.

Nak dijadikan cerita,

Macam biasa lahh, malam exam, study bagai nak rak. Kononnya pecutan akhir laa. Padahal sembang je lebih. 



Exam pukul sembilan pagi esok. 



Mula mula aku bajet nak stay berjaga je terus sampai exam. 

Tetapi, 

Aku tewas. 

Tewas kepada godaan mata yang menggedik nak berehat pulak dahh. 

Setelah dipujuk rayu, aku pun terlelap. 

Tak tahu kenapa, tapi aku rasa sedapp je tidur waktu tuhh, terus tak ingat dunia. 




Zzz..





Tik tokk..


Tikitiki tokk..





Jarum jam berdetik...lagi...




Dan lagi..






Huh!

Aku terjaga...



Tengok luar tingkap, langit dah cerahh.

Burung burung berkicauan waktu tuhh.

Ada yang bekerja.

Ada yang bergembira.

Rasa cuak, terkesima dan kelu tanpa kata waktu tuhh.

Kalau kilat sabung menyabung, lagi sakitt Sin. Ngilu. 



Tak sedap hati.


Aku pun cepat-cepat-lahh tengok jam.

Sembilan dua puluh sembilan pagi.

Diulangi,

9:29 pagi!


Oh our God! TER-over slept!

Aku dah lewat 29 minit!

Tak pernah jadi macam nihh.




Seriously, 

Saat tuhh tak bagi aku peluang nak pikir banyakk.




Takkan nak repeat Statistics kott.

Sumpah tak rela makkk...



Aku pun cepat cepat capai baju melayu, baju kebangsaan kita.

Dan songkok.

Mandi macam P. Ramlee dalam filemnya Bujang Lapok,

dan memecut pergi Seminar Hall.




Lebih kurang 9.45 pagi aku jejak depan hall.



Sunyi...

Sepi...



Yeahh exam dah start lama dah...


Dengan menebalkan muka, aku masuk dalam jugakk, jumpa Madam Rahimah.




Me: "Ehem ehem..Madam, sorry I'm late." (muka kesian)

Madam Rahimah: "What happen to you?" (sila baca dengan nada garang..)

"Sorry madam. I overslept tadi. "

"Hm.. come here. "





Pheww! 

Thanks a lot Madam Rahimah because allowed me to take the exam, even though I'd late more than 30 minutes. 

Yupp..

Walaupun terpaksa duduk depann sekali, which something that I never do it before, 

I'm so bersyukur sebab boleh jawab exam jugakk.

Kelam kabut doe. Ditambah pulak soalan yang kaw-kaw punya, aku sangat harap lulus pun jadii lahh.

Kepada korang,

nihh ada pesanan penaja.

Kalau agak agak diri tuhh sangat liat amat untuk bangun pagi, tidur lahh awal. 

Toksah bajet hero nak tidur setakat sejam dua je kalau esoknya nak exam. 

Kalau kelas biasa tak pe jugakk, boleh pergi Klinik Tawakal kat belakang tuhh, then cakap korang sakit perut cirit birit, 

confirm dapat MC. 



Tapi exam TAK BOLEH!


Nasib baik Allah sayangkan aku lagi, Dia "kejutkan" aku jugak. Photobucket


Dan terima kasih Madam Rahimah sebab bagi aku peluang nak jawab jugakk. Walaupun Madam ajar aku sekelas je, aku sangat-sangat terhutang budi dengan beliau. Thanks again.


Yeah, pengajaran dan ending terbaik semester nihh. Next, tunggu je lahh result exam keluar. 


Hopefully much much better than last semester. Please not again...



Selamat bercuti rakan rakan sekalian! 


Ops, student CFS sahaja okeyy. Student UiTM, Kolej-kolej lain, sila belajar rajin rajin ya. Jangan jadi macam saya pulakk :)

See ya! Animated Pictures, Images and Photos

Saturday, February 19, 2011

SHL :)

p/s: play the song first, please? thanks.... :)


A birthday means a moment to share
A birthday means a moment to care
For a birthday is a special day
That comes just once in one year's way

For a birthday is a day of hope
When you don't mix your wishes with mope

And you learn to count the joys it has brought
And all life's lessons you were taught

And today dear it is your birthday too
So that's why I'm writing for you

Brilliant thoughts with you to share
Your very special day because i care.

happy, happy, and happy birthday my dear Photobucket

Tuesday, February 15, 2011

EwwW!

Assalamualaikum!

Hello!

What's up?!

Wo ai ni!


Err I wasn't right.....

Ni hao?!

Vanakem!

Salam Satu Malaysia.

Okeyy...

Apa aku nak merapu nih?

Hm...

Lately aku asyik bukak Youtube je bila online. Dah macam addicted pulak. Saja suka-suka messing around. Youtube agak membantu diriku menenangkan diri la sedikit sebanyak yang bercelaru nih.

Encik Kentang dan Miss Potato: Photobucket

Me: Haha. Cut it guys....
Music video.

Jokes.

Politics.

But I'd discovered a few things that interesting in Youtube. Aku tak tahu dah berapa ramai bloggers yang jadikan "fenomena" nih sebagai topik untuk posting-posting dalam belog diorang. BUT aku tetap nak post jugak.

Encik Kentang: Poyo la lu der...

Miss Potato: Eyyhh biar la dia...

Encik Kentang: Whatever...

Miss Potato: Grrr...

Me: Okay okay enough with the kinky stuff right there, now! 

Encik Kentang dan Miss Potato :Sorry..... (-.-)"

Aku amat sangat keterlaluan meminati "fenomena" nih. Yup. Creating you very own Youtube channel. Haha. For me, it is another way to express your opinions, informally and friendly. Tapi jangan lah sampai ter'over' , kan? 

Ada beberapa "channel" yang sangat menarik minat ramai orang. Tapi aku paling minat adalah channel IniAnwarHadi.

Ya. Dimiliki + diterbitkan + diarahkan + cerita asal oleh Anwar Hadi. 

IniAnwarHadi.

Me : Search kat Google dan Youtube confirm jumpa.

Encik Kentang: Why?

Miss Potato: Yeah why?

Kerana...
  • Beliau menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah difahami, dan yang tak perlu nak slang-slang sangat lahh.  
  • Isu-isu yang ringan dan mesra rakyat.
  • Ekspresi muka yang selamba dan bersahaja.
  • Tidak wujud ke-poyo-an.

Up until now, dah ada beberapa episod dalam channel dia. But my favourite is episod #6

EwwW



Nice right? Haha.

Okay sekarang korang dah tahu kenapa title post aku macam tuh kann. 

Encik Kentang dan Miss Potato: Haha kantoi sudahhh....

Kepada ya'all yamg belum pernah tengok, try yourself. Ya'all boleh pause lagu kat atas sekali, then play the video. Free jepp :p Lepas tuhh like page IniAnwarHadi di Facebook dengan meng-click di sini
( kalau like lahhhh..... ).

Me: Kindda promoting, right? 

Kepada Encik Anwar Hadi a.k.a anak Pak Man a.k.a Man Jr. , anda memang best! Hopefully anda sukses selalu di Sydney okayy~~

And who knows, maybe one day I'll create my own Youtube channel. 

Encik Kentang dan Miss PotatoPhotobucket


Next time. kita sembang tentang MatLuhtfi90 pulak okeyyy..

See ya!

Me: Photobucket

Encik Kentang dan Miss Potato: Photobucket


( tidur.... )



Monday, February 14, 2011

~


milkysmile

Sunday, February 13, 2011

Yup. I'm 9teen

Hey pals...

Aku dah sembilan belas tahun dua hari dah sekarang ni. Thank you a lot to God sebab bagi aku hidup sampai saat ni.

Sembilan belas. 

Tujuh belas lagi style aku rasa.

Haha..

See, post ni aku sebenarnya tak ada idea nak tulis.Sebab, jiwa kacau.

Yup.

JIWA KACAU.

Poyo la lu der....

Haha.

Sepatutnya birthday boy kena enjoy lah kan?

Aku tau kenapa jadi macam ni. Tapi aku cuba ignore se-ignore-ignore-nya tolak tepi.

Tapi, tak boleh.

Aku kalah dengan diri sendiri.

Aku cuma BIG L.

Tuesday, February 8, 2011

KTM = Keretapi Taik Munyit

Salam 1 Malaysia

milkysmile

Sebenarnya, apa yang aku nak post nih dah lepas dahh.. Hari ahad hari tuh.. Tapi aku nak story jugak.. Bengang + rimas meyh...  

milkysmile

Korang semua @ hampir kesemua dari korang mesti pernah naik Komuter kan? Kalau tak pernah pun mesti pernah dengar @ taw la apa kejadahnya Komuter tersebut.. Kan? Haa.. Aku nak story tentang ke-menyampah-an aku terhadap Komuter yang kononnya ada menang anugerah pengangkutan apa tah dalam dua tiga tahun nih..

Seumur hidup aku, itu la rasanya barisan nak beli tiket yang paling aku tak ikhlas nak beratur... Kalau korang pernah beratur nak beli tiket wayang kat Mid Valley pada hari Rabu di musim cuti sekolah, sumpah yang tuh lagi pendekkkkk dari yang kat KTM nih....

Bengong pon ada... Dah la KTM Bdr Tasik Selatan tuhh macam stesem utama la jugak lebih kurang kann.. Ada ke patut kaunter tiket ada SATU je? Plus slowww pulak tuhh.. Ok ada la dua mesin tiket yang operate sendiri tuhh kan.. But, Hadoyai..... 1. Mesin rosak. 2. Tak boleh detect duit. 3. Tak cukup duit baki. Soooooo stupiddddd, right? Bayangkan, kalau seseorang itu telah beratur lebih dari sejam dengan niat ikhlas nak beli tiket nihh, samapi-sampai kat depan je, mesin tiket tuhh tak boleh detect duit yang seseorang tuh masukkan? Tak ke timbul niat jahat beliau untuk naik Komuter tersebut tanpa tiket?

Ok itu cerita dekat kaunter.

Masuk tren...

Sangat sangat lahhh pack! Dah layak jadi sardin dahh siapa siapa yang naik waktu tuhh.. Gila lahhhh... Panas + macam-macam bau ada.. Phew..... aku yang nak turun stesen Nilai yang tak berapa jauh tuhh pun dahh tak tahan, bayangkan mereka-mereka yang naik dari stesen Sungai Buluh ataupun Batu Ketonmen macam tuhh.. Mesti ada penyesalan + sumpah seranah yang muncul dari lubuk hati diorang... Semua dosa KTM tanggung....

lebih kurang macam nihh la pack gila doe dalam tuhhh...


Kepada incik yang terlibat, tak perlu sangat stesen KTM besar-besar + lawa-law sangatttt... Yang penting, cukup sifatnya.. Kalau stesen lawa tapi sevis buruk tak ada makna-nya-punnn kann?? Better duit renovate stesen-stesen semua tuhh dilaburkan beli tren baru + banyak-banyak. Tak ada lahh kena tunggu lama GILA plus berhimpit dan panas GILA! 

Aku nak buat permohonan nak bawak kereta jelahh lepas nihh... Simpang malaikat 44 nak naik KTM lagi... heeeee~~~ milkysmile

Saturday, February 5, 2011

CNY~

HUARGHH~penyakit lama datang kembali. Blog kembali tak ter-update. Dulu beria-ria cakap nak aktif la konon. HAHA~ Sekarang aku tengah cuti Chinese New Year. 
Tapi....
Kenapa kalau Cina yang raya, Melayu, India, Kadazan, Iban segala kaum-kaum lain pun nak cuti jugak eyh? 
Bukan kita + mereka yang raya. 
Kenapa eyh?
Hm....
Tapi... 
Bagus jugak. Tak payah pergi kelas. Limau pun banyak woo... Gong Xi Fa Cai la ohhh!  Hihi~
 
Photobucket


Sebenarnya aku bosan nih. 

Tak taw nak buat apa kat rumah. Actually mak abah aku and also Kak Ujie and Abg Shah and little Awfiyah sekarang kat Kelantan. Aku kena tinggal ( atau sebenarnya memilih untuk ditinggalkan..haha ) Ada kenduri sepupu aku belah mak aku kahwin. Tapi yang mana satu eyh? Aiyakkk~~ Sepupu sendiri pun tak kenal. Eyh bukan tak kenal lahh...tapi konpius.... Yela sepupu aku yang belah mak aku dah la ramai perempuan dri lelaki. Muka pulak lebih kurang je. Nama pun nak seirama. Jarang jumpa + bertegur sapa plak tuh. Mana nak ingat. Oh biar la... Bukannya majlis tuh tak jalan kalau aku tak de, kan? :p Muahaha~~ 

Ha..semalam aku pergi Carefour, aku beli lah air jus oren cap Minute Maid. Selalunya aku beli cap Carefour or Twister je, tapi tak sekarang nih aku tengok KFC pon pakai cap nih jugak, aku pun try lahh... Murah pulak tuh, tiga botol RM10.88. Offer product baru la katakan... Aku pun sampai je rumah terus minum..

glup..glup..glup...beerrrrrppppp~ 

Sama je la dengan yang lain, tapi Twister sedap lagi kott..haha Lepas minum, mak aku cakap yang jus tuh imported dari China, tapi tanda halal tuh ada la. So, what wrong with brand-brand dari China? China pun competitive country apa... Ok memang fakta la banyak barang ditiru di China. Nak buat macam mana, dah harga raw material kat sana murah kannn... Jangan anggap semua barang China tuh tiruan, dan tak berkualiti.. Macam tuh la jugak brand-brand dari Malaysia. Tak semestinya local brand itu local quality. 

Malaysia Boleh! 

Hihi~~



Photobucket

Dah penat merapu~BYEBYE!